PGA guna perisai kawal sempadan di Kedah, Perlis

Unit berkuda dan kereta perisai digerakkan ke sempadan Malaysia-Thailand bagi mencegah aktiviti penyeludupan selain memburu penyeludup.
Unit berkuda dan kereta perisai digerakkan ke sempadan Malaysia-Thailand bagi mencegah aktiviti penyeludupan selain memburu penyeludup.
A
A
A

BAGI mengekang kegiatan penyeludupan yang makin berleluasa, terutama selepas insiden tembakan oleh penyeludup di Padang Besar (Perlis) dan Bukit Kayu Hitam (Kedah), pasukan PGA yang ditugaskan mengawal sempadan Malaysia-Thailand meningkatkan sistem rondaan di kawasan terbabit.

Komander Briged Utara Pasukan Gerakan Am (PGA), Senior Asisten Komisoner Abdul Ghani Mohamad Ji berkata, rondaan bersepadu digerakkan di sepanjang Markas Taktikal (MARTAK) PGA Bukit Kayu Hitam, Kedah ke Padang Besar sehingga ke Pos Kawalan BKC 7 di Padang Besar, Perlis.

Menurutnya, operasi bersepadu itu bermula Khamis lalu, melibatkan rondaan bersepadu dari empat unit bagi memastikan sempadan negara tidak mudah lagi dibolosi.

“Unit berkuda, udara, kereta perisai dan anggota 69 Komando (VAT69) digerakkan ke sempadan Malaysia-Thailand bagi mencegah aktiviti penyeludupan selain memburu penyeludup.

"Antaranya, menambah tiga unit kereta perisai dengan kekuatan 12 anggota yang dibahagikan kepada tiga kumpulan. Pemantauan dari udara dilakukan oleh unit udara, dibantu VAT69 dan anggota penjejak dari Batalion Tiga PGA yang melakukan tinjauan darat,” katanya.

Pemantauan dari udara dilakukan bagi mengesan aktiviti penyeludupan di darat.
Pemantauan dari udara dilakukan bagi mengesan aktiviti penyeludupan di darat.

Abdul Ghani menambah, dua unit berkuda dianggotai lapan anggota melakukan rondaan di sepanjang sempadan bermula dari Bukit Kayu Hitam hingga ke Padang Besar.

“Selain rondaan bersepadu, rondaan berkala di seluruh 23 pos kawalan sepanjang laluan keselamatan bermula daripada MARTAK PGA Bukit Kayu Hitam ke Padang Besar diadakan dari semasa ke semasa,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Menurutnya, pasukan lain termasuk dari unit persenjataan Briged Utara, platun Tiger dianggotai 42 anggota yang akan menggeledah dan membersihkan lokasi senjata api di kawasan terpilih.

“Kita gunakan metal detector untuk kesan senjata api di kawasan berdekatan. Langkah berjaga-jaga dipertingkat setelah tembakan dilakukan dari arah negara Thailand. Pemantauan dilakukan sejauh kawasan TS9 dan TS10,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Anggota PGA maut ditembak di sempadan Malaysia-Thailand

Rakyat Malaysia jadi dalang sindiket penyeludupan di sempadan

Penduduk yakin ketangkasan anggota sempadan

Ketatkan kawalan di 15km sempadan tidak berpagar