Rakyat bekerja siang malam

Rakyat bekerja siang malam mencari sesuap. - Foto 123RF
Rakyat bekerja siang malam mencari sesuap. - Foto 123RF
A
A
A

AWANG rasa Parlimen kita tak berlaku adil pada rakyat jelata. Wakil rakyat nampaknya ditatang bagaikan menatang minyak yang penuh.

Nyawa mereka begitu berharga sekali. Mereka dilindungi sedemikian rupa hingga waktu perbahasan dibataskan dan jumlah mereka yang berada dalam dewan dihadkan.

Nasib rakyat jelata berbeza pula. Mereka bekerja siang malam mencari sesuap nasi. Lebih-lebih lagi dalam keadaan sekarang. Banyak pula yang hilang pekerjaan. Bagi yang bekerja sendiri, mereka terdedah dengan ancaman wabak itu di mana-mana.

Untuk menambah rezeki, ada yang buat lebih daripada dua kerja. Tapi ahli Parlimen bekerja empat jam sahaja. Alasannya sebahagian daripada SOP untuk mengelakkan jangkitan Covid-19 di Parlimen.

Awang bersetuju dengan seorang ahli Parlimen yang kesal mengapa waktu Dewan Rakyat dipendekkan. Awang rasa masalah tak puas hati rakyat disebabkan tidak cukup perbahasan tentang isu besar seperti Bajet 2021.

Speaker pula menggunakan kuasa untuk menghalang perbahasan. Macam kata Tuk Seri Anwar, Speaker tak faham hasrat ahli Parlimen untuk bincangkan hal yang penting bagi rakyat.

Rakyat mahu ahli Parlimen bekerja sekurang-kurangnya macam kakitangan awam, lapan jam sehari. Ingat amanah rakyat. Jangan sampai ada dua peraturan di negara ini. Satu untuk rakyat, satu untuk wakil mereka di Parlimen.

Artikel Berkaitan: