Hina Agong: Michael Cheah mohon ampun

Video berdurasi 1.37 minit menyaksikan berlaku pertikaman lidah antara Michael Cheah dan dua individu terbabit.
Video berdurasi 1.37 minit menyaksikan berlaku pertikaman lidah antara Michael Cheah dan dua individu terbabit.
A
A
A

KUANTAN - Seorang peniaga yang sebelum ini ditahan selepas didakwa meninggalkan komen menghina Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di laman sosial Facebook dibebaskan dengan jaminan polis.

Ketua Polis Pahang Datuk Mohd Zakaria Ahmad berkata, lelaki berusia 46 tahun dari Kuantan itu dibebaskan 10 pagi semalam selepas ditahan selama dua hari sejak 8 malam Jumaat lalu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan dan IPD Temerloh.

“Selain itu, dua lelaki berumur 32 dan 36 tahun yang dipercayai terlibat melakukan ugutan jenayah ke atas peniaga berkenaan juga dibebaskan dengan jaminan polis selepas diambil keterangan di IPD Kuantan semalam,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Bagaimanapun, menurut Mohd Zakaria, siasatan terhadap dua lelaki berkenaan masih diteruskan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah.

Kedua-dua lelaki itu ditahan Jumaat lalu selepas dilaporkan pergi ke premis ahli perniagaan berkenaan di hadapan Kuantan Parade kerana tidak berpuas hati dengan tindakannya yang meninggalkan komen berunsur penghinaan pada gambar Al-Sultan Abdullah di laman sosial.

ARTIKEL BERKAITAN: Hina Agong: Polis tahan pemilik Facebook Michael Chiah

Lelaki itu dilaporkan meninggalkan komen menghina itu ke atas gambar yang memaparkan Sultan Abdullah, Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Almarhum Sultan Iskandar dan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum ia tular di Facebook.

Sementara itu, dalam satu sidang media, peniaga yang didakwa menghina Sultan Abdullah, Cheah Kim Hung, 46, memohon maaf kepada semua dan kesal dengan tindakannya memuat naik komen berkenaan.

Artikel Berkaitan:

Dia mendakwa komennya itu hanya bertujuan membalas status seorang pelayar lain yang merujuk kepada raut wajah perdana menteri semasa gambar itu dirakamkan dalam istiadat yang diadakan di Dataran Parlimen.

Lelaki yang menggunakan nama akaun, Michael Cheah sehubungan itu memohon maaf dan keampunan daripada Al-Sultan Abdullah di atas kesilapannya. - Bernama