Polis Kazakhstan tahan tiga suspek bunuh ranjer hutan

Erlan Nurghaliev dibelasah sehingga koma oleh pemburu haram dan meninggal dunia selepas dua hari dirawat di hospital.
Erlan Nurghaliev dibelasah sehingga koma oleh pemburu haram dan meninggal dunia selepas dua hari dirawat di hospital.
A
A
A

ASTANA - KAZAKHSTAN. Pihak berkuasa telah menahan tiga individu dipercayai terlibat dalam kes pembunuhan seorang renjer hidupan liar di Okhotzooprom pada 13 Januari lalu.

Kes berkenaan mencetuskan kemarahan orang ramai selepas mangsa dibelasah sehingga koma ketika cuba melindungi saiga, sejenis kijang terancam di Kazakhstan.

Haiwan terbabit dilindungi sepenuhnya di bawah undang-undang bekas negara Soviet berkenaan.

Kesemua suspek dipercayai pemburu haram telah ditahan di sebuah rumah di bandar Qyzylorda, baru-baru ini.

Difahamkan mangsa, Erlan Nurghaliev meninggal dunia akibat kecederaan selepas dua hari dirawat di hospital.

Media tempatan melaporkan, ia adalah kematian pertama melibatkan renjer hidupan liar dalam tempoh 10 tahun, ketika negara berkenaan bergelut dengan aktiviti pemburuan oleh sindiket pemburu haram. - Agensi

Kepsyen: Erlan Nurghaliev dibelasah sehingga koma oleh pemburu haram dan meninggal dunia selepas dua hari dirawat di hospital.

Artikel Berkaitan: