Yang berjawatan, yang tidak

No Image Caption
A
A
A

TAN Sri Annuar Musa kata tak betul UMNO tak dilayan oleh kerajaan Tan Sri Perdana Menteri.

Katanya, “Itu cerita rekaan.” Beliau juga kata UMNO parti yang kalah, jadi sedang membina kekuatan. Tawar menawar adat biasa dalam pembentukan kerajaan katanya.

Beliau memberikan reaksi pada pandangan akar umbi bahawa UMNO dianaktirikan dalam Perikatan Nasional (PN).

Banyak pemimpin UMNO tak puas hati. Dalam kes terbaru, walaupun jentera UMNO dan sokongan pada UMNO yang memenangkan Pilihan Raya Negeri Sabah tetapi jawatan Ketua Menteri diberikan kepada orang Bersatu.

Awang juga tak terperanjat apabila dah mula terdapat serangan peribadi ke atas Annuar.

Datuk Nur Jazlan Mohamed, Timbalan Pengerusi UMNO Johor terang-terang tuduh Annuar jadi jurucakap Bersatu.

Agaknya kerana itulah selepas mesyuarat BN beberapa malam lalu, yang muncul bercakap bagi pihak BN ialah Datuk Seri Ahmad Maslan dan bukan Annuar, Setiausaha Agung BN.

Macam-macamlah Awang dengar bisik-bisik nakal dalam UMNO. Khabarnya ada dua puak, yang satu mereka yang ada jawatan dalam kerajaan, yang satu lagi yang tidak ada jawatan. Kumpulan yang kedua ini lebih lantang dan berani.

Artikel Berkaitan:

Sama-samalah kita tengok ke mana haluan kedua-dua kumpulan ini. Hari Khamis ini.