X

Kindly register in order to view this article
!

Warga emas dikhuatiri lemas

Anggota bomba melakukan operasi SAR mengesan seorang lelaki warga emas yang terjatuh ke sungai dari átas Jambatan Batu Pahat.
A
A

BATU PAHAT - Seorang lelaki warga emas dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke dalam sungai dari Jambatan Batu Pahat di sini hari ini.

Dalam kejadian jam 3.51 petang tadi, Hong Chong Huat yang berusia 72 tahun dikatakan tenggelam selepas terjatuh ke dalam sungai terbabit.

Komander Operasi, Penolong Kanan Penguasa Bomba Mohd Fauzi Md Nor berkata, seramai 12 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Pahat dibantu satu jentera Fire Rescue Team (FRT), satu jentera Light Fire Rescue Team (LFRT) serta satu Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dihantar ke tempat kejadian.

Menurutnya, satu utiliti Toyota Hilux dan satu bot aluminium turut membantu operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa.

"Pihak bomba turut dibantu 10 anggota dan dua bot milik Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM), empat anggota dan dua kereta polis serta empat anggota dan sebuah ambulans milik Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

"Pasukan keselamatan bertindak membuat pencarian di tepi Sungai Batu Pahat dibantu dua bot APMM di lokasi kejadian," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, operasi SAR masih lagi dilakukan bagi mengesan warga emas tersebut.


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!