Tiada pembalakan haram di Hutan Simpan Lenggor

Pemeriksaan dilakukan terhadap lori yang membawa keluar kayu bagi menyiasat kegiatan pembalakan haram di Hutan Simpan Lenggor, Kluang hari ini.
Pemeriksaan dilakukan terhadap lori yang membawa keluar kayu bagi menyiasat kegiatan pembalakan haram di Hutan Simpan Lenggor, Kluang hari ini.
A
A
A

KLUANG - Polis Johor dan Jabatan Perhutanan Negeri Johor mengadakan operasi bersama di Hutan Simpan Lenggor di sini hari ini yang dipercayai diceroboh untuk kegiatan pembalakan haram.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayub Mydin Pitchay berkata, bagaimanapun hasil rondaan sejak jam 7 pagi dan berakhir pada 6 petang itu, mendapati tiada kegiatan pembalakan haram seperti disyaki.

"Operasi ini dilancarkan susulan daripada maklumat orang awam dan seramai 80 pegawai serta anggota daripada kedua-dua agensi terlibat termasuk Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri Johor, Datuk Salim Aman.

"Apabila sampai di lokasi dilaporkan iaitu di Apartmen 197, kita dapati bahawa kayu-kayu balak tersebut adalah kayu balak yang lama sahaja. Tiada unsur-unsur pembalakan haram.

"Kita akan terus menyiasat sama ada betul atau tidak betul aduan pembalakan haram di Kluang mengikut Seksyen 15 Akta Perhutanan Negara 1984," katanya pada sidang akhbar di Balai Polis Kahang dekat sini hari ini.

Beliau berkata, aduan berkenaan diperoleh kira-kira sebulan yang lalu.

Dalam pada itu, Salim berkata, pihaknya menyambut baik kerjasama itu dan memaklumkan seramai 22 pegawai dan anggotanya terbabit dalam operasi tersebut.

Artikel Berkaitan: