Kerajaan kaji bantuan subsidi kepada pekerja e-hailing

Muhyiddin ketika pertemuan bersama sekumpulan pemandu dan penunggang syarikat perkhidmatan e-hailing Grab hari ini
Muhyiddin ketika pertemuan bersama sekumpulan pemandu dan penunggang syarikat perkhidmatan e-hailing Grab hari ini
A
A
A

SHAH ALAM - Kerajaan akan mengkaji keperluan untuk memberikan kemudahan pinjaman dan bantuan seperti subsidi minyak kepada pekerja e-hailing yang terjejas ekoran wabak koronavirus (Covid-19).

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kajian dan perbincangan akan dilakukan dengan kementerian yang berkaitan bagi membantu pekerja terbabit.

“Sejak negara kita melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Mac lalu sehinggalah kini di fasa PKP Bersyarat (PKPB), banyak yang saya dengar tentang peranan pemandu dan riders e-hailing ini sebagai 'frontliners' tidak didendang.

“Sebelum Covid-19, mereka memperoleh pendapatan sekurang-kurangnya RM4,000 ke RM5,000 sebulan, namun sekarang mereka hanya memperoleh sekitar RM2,000 ke RM2,500 sebulan atau kurang daripada itu bergantung kepada kekerapan perjalanan dibuat.

Pemandu dan penunggang Grab termasuk pemandu kurang upaya (OKU) bimbang dengan beberapa peraturan yang akan diperkenalkan kerajaan.
Pemandu dan penunggang Grab termasuk pemandu kurang upaya (OKU) bimbang dengan beberapa peraturan yang akan diperkenalkan kerajaan.

“Sekarang ini kalau mendapat RM100 sehari pun mereka mampu tersenyum tetapi jika mereka mendapat RM150 sehari, bolehlah mereka tersenyum lebar,” katanya menerusi kenyataan di Facebook beliau hari ini.

Menurutnya, melalui pertemuan bersama pemandu dan penunggang syarikat perkhidmatan e-hailing, Grab termasuk pemandu kurang upaya (OKU) diadakannya pada hari ini rata-rata bimbang dengan beberapa peraturan yang akan diperkenalkan kerajaan.

"Saya meminta Kementerian Pengangkutan untuk segera meneliti semula perkara yang dibangkitkan. Saya difahamkan terdapat lebih 200 pemandu OKU yang beroperasi dalam perkhidmatan Grab pada waktu ini.

Artikel Berkaitan:

“Mereka meminta Kerajaan memberikan sokongan kepada pemandu OKU dengan mempermudahkan syarat pengambilan lesen pemandu PSV yang dikatakan amat ketat, dan membolehkan mereka bekerja seperti pemandu e-hailing lain,” katanya.

Katanya, kebanyakan pemandu dan penghantar Grab juga melahirkan kebimbangan mengenai peraturan LPS (Lesen Perubahan Sementara) dan garis panduan bagi perkhidmatan tersebut yang bakal dilaksanakan MOT sedikit masa lagi