'Muhammad Adib dijangka kahwin bulan depan'

Nurul Najihah memuat naik status berkenaan keadaan tunangnya dalam akaun Facebook miliknya, hari ini.
Nurul Najihah memuat naik status berkenaan keadaan tunangnya dalam akaun Facebook miliknya, hari ini.
A
A
A

SUBANG JAYA - "Kamu kuat. Cepat bangun kamu. Muhammad Adib. Doakan tunang saya .. tak kuat tengok kamu macam tu, demikian status dimuat naik Nurul Najihah dalam akaun Facebook miliknya, hari ini.

Nurul Najihah merupakan tunang kepada Muhammad Adib Mohd Kassim, 24, anggota bomba yang cedera diserang sekumpulan lelaki ketika cuba memadamkan kenderaan yang dibakar ketika rusuhan di Kuil Sri Mariamman, di USJ 25, awal pagi tadi.

Dalam kejadian itu, Muhammad Adib dilapor mengalami patah tulang rusuk dan paru-paru berdarah selepas dikejarkan sebuah hospital swasta di Subang Jaya.

Status turut dimuat naik gambar mereka berdua tersebut mendapat perkongsian ratusan netizen, selain komen dan tanda emoji sedih.

Pelayar Facebook, Cikda Sudin mendoakan supaya mangsa sembuh seperti sedia kala.

"Be strong .. sama-sama kite doakan supaya tunang awak sembuh sihat seperti sedia kala.. dipermudahkan urusan ..Amiin,"tulisnya di ruangan komen.

Erfan Noordin pula mendoakan supaya tunang Muhammad Adib kuat semangat.

"Semoga cepat sembuh.. Dan diangkatkan penyakitnya.. Amiinn ya ALLAH..Kuatkan semangat Jiha Nurul Najihah,"tulisnya.

Manakala Rahil Rasli berkata, doa rakyat Malaysia bersama Muhammad Adib.

"Syafakillah adib, doa kami rakyat Malaysia bersama kamu...,"tulisnya pula.

Artikel Berkaitan:


Sementara itu pemilik Facebook, Hazman Ismail dipercayai sepupu mangsa berkata, Muhammad Adib sepatutnya berkahwin bulan depan.

"Ya ALLAH kesianya sepupu aku Muhammad Adib, dah la nak kawin bulan depan, minggu lepas baru balik hantar baju kain nak buat baju nikah...semoga semuanya selamat, semoga tabah hadapi ujian Nurul Najihah," tulisnya.

Terdahulu Sinar Harian melaporkan, Ketua Polis Selangor, Datuk Mazlan Mansor berkata, seorang anggota bomba cedera selepas diserang sekumpulan lelaki ketika cuba memadamkan kenderaan yang dibakar berhampiran kuil .

"Kenderaan bomba juga dirosakkan dan anggota bomba yang cedera itu kini di rawat di hospital di Subang Jaya," katanya.

[ARTIKEL BERKAITAN: Isu pindah kuil: Selisih faham punca gaduh]

[ARTIKEL BERKAITAN: Rusuhan kuil: Polis nafi lambat bertindak]


Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!