Kelantan sambut baik tindakan Wilayah Persekutuan

Dr Izani Husin
Dr Izani Husin
A
A
A

KOTA BHARU – Kerajaan Kelantan menyambut baik tindakan Wilayah Persekutuan tidak membenarkan kedai runcit menjual arak mulai Oktober tahun depan.

Exco Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan Dan Kesihatan, Dr Izani Husin ketika dihubungi Sinar Harian hari ini berkata, perkara tersebut seharusnya disambut baik seluruh masyarakat tanpa mengira bangsa dan agama.

“Apa pun yang terbaik untuk rakyat, kita mesti sokong. Lagipun pengawalan penjualan arak ini bukan perkara baharu bagi Kelantan.

“Kita mesti yakin, setiap perubahan itu akan beri satu hikmah terutamanya untuk menjaga kemakmuran masyarakat pelbagai kaum,” katanya.

Hari ini Sinar Harian melaporkan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Ahmad Marzuk Shaary memaklumkan bahawa kerajaan tidak menolak kemungkinan memperluaskan pengharaman jualan arak di kedai serbaneka dan kedai runcit di negeri selain Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Katanya, kerajaan menerima komen positif daripada masyarakat merentasi kaum berhubung langkah itu dan tindakan yang dilakukan Wilayah Persekutuan itu adalah bertepatan dengan tuntutan agama dan juga tuntutan masyarakat sendiri.

Artikel Berkaitan: