Jelajah prihatin Anita Bikers Club

Anita Protex Cards yang memberi manfaat kepada ahlinya.
Anita Protex Cards yang memberi manfaat kepada ahlinya.
A
A
A

SEREMBAN - Anita Bikers Club Malaysia meneruskan misi jelajah kempennya bertemakan 'Safe Ride, Go Green dan Kami Prihatin' yang telah memasuki siri ke-48.

Kempen kali ini yang diadakan D' Tempat Country Club di Sendayan di sini baru-baru ini mendapat 100 penyertaan daripada gabungan Anita Bikers Bodyguards Motor Escort Team Gabungan Melaka Group (GMB), Benelli Owners Group dan Gabungan Perak Bikers.

Kempen yang turut mendapat kerjasama daripada D' Tempat Country Club itu menekankan pelbagai aspek kesedaran dan teknik keselamatan pengendalian dan tunggangan motosikal yang betul.

Selain itu, Anita Bikers Club Malaysia yang aktif dalam tugas tanggungjawab sosialnya bagi kempen prihatin turut melancarkan dan mempromosikan kad penyertaan Anita Protex Cards.

"Kad itu membantu semua peniaga, perhotelan, pelancongan dan apa saja peniaga yang terkesan oleh pandemik koronavirus (Covid-19).

Anita Bikers Club dalam perancangannya untuk mengadakan aktiviti jelajah merentasi Borneo.
Anita Bikers Club dalam perancangannya untuk mengadakan aktiviti jelajah merentasi Borneo.

"Ahli yang memiliki kad ini boleh mendapat tawaran harga diskaun pembelian dan pembayaran yang cukup ekonomi sekali gus dapat memberi manfaat kepada semua pihak terutama sektor perniagaan," katanya dalam satu kenyataan kepada Sinar Harian.

Dalam pada itu, Anita Bikers Club dalam perancangannya untuk mengadakan aktiviti jelajah merentasi Borneo dengan kempen terbaharunya bersama Veteran Angkatan Tentera Malaysia sebagai ikon Tabung Hari Pahlawan 2020-2021.

Artikel Berkaitan:

Sebarang pertanyaan lanjut bagi yang ingin menyertai kempen ini boleh menghubungi talian 011-23704245.