Kontroversi Yadim: Janji lain, buat lain!

Datuk Dr Noraini Ahmad
Datuk Dr Noraini Ahmad
A
A
A

SHAH ALAM - Ketua Wanita Umno, Datuk Dr Noraini Ahmad membidas tindakan kerajaan PH yang disifatkan gagal memenuhi janji untuk tidak melakukan lantikan politik ke dalam badan atau institusi milik kerajaan.

Menurut Ahli Parlimen Parit Sulong itu lagi, tindakan yang dilakukan kerajaan baharu itu dilihat jauh tersasar daripada janji-janji yang dibuat sebelum PRU14 lalu.

“Semasa bertanding (PRU14) mereka menabur janji untuk tidak memguat lantikan politik semata-mata untuk menang.

ARTIKEL BERKAITAN: Pertikai lantikan Yadim: Zamihan akan kemuka 50 sebab

“Sekarang ini apabila kuasa telah diberikan mereka membuat pelbagai alasan untuk tidak memenuhi janji-janji mereka itu.

“Inilah yang dikatakan, cakap lain buat. Mengambil contoh apa yang berlaku di di dalam Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) ketika ini apabila begitu ramai orang politik yang dilantik menganggotai badan berkenaan,” katanya kepada Sinar Harian.

Menurut Noraini lagi, tidak mustahil setiap keputusan yang dibuat oleh Yadim nanti akan dipengaruhi politik memandangkan begitu ramai ahli politik dalam kerajaan PH yang terlibat.

“Keadaan ini juga akan mengakibatkan keputusan yang dibuat (oleh Yadim) tidak bebas dan boleh menjurus kepada tidak telus.

Artikel Berkaitan:

“Ini kerana sebelum ini Yadim merupakan badan di bawah kerajaan yang profesional dan tidak melibatkan pengaruh politik,” katanya.

Kerajaan PH ketika ini terus dikecam pelbagai pihak selepas bertindak melantik orang politik di dalam badan-badan dan agensi milik kerajaan termasuklah Yadim.

Tindakan itu dilihat tidak selari dengan janji-janji yang dibuat sebelum ini untuk tidak melantik orang politik memegang jawatan di dalam kerajaan.