X

Kindly register in order to view this article
!

Amaran ribut petir di beberapa kawasan seluruh negara sehingga 11 malam

METMalaysia keluar amaran ribut petir di beberapa kawasan seluruh negara sehingga 11 malam ini.
A
A

KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir di beberapa kawasan di seluruh negara dengan hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku sehingga 11 malam ini.

MetMalaysia dalam kenyataan malam ini memaklumkan negeri yang dijangka terlibat adalah Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Pahang, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Sarawak, Sabah dan Labuan.

Kawasan yang diramal turut terlibat adalah Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Yan, Pendang, Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu di Kedah; Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim di Perak.

Keadaan itu turut diramal berlaku di Raub dan Bentong di Pahang; Negeri Sembilan (Seremban, Port Dickson dan Rembau), Tangkak, Muar dan Batu Pahat di Johor; Limbang di Sarawak; Sandakan (Telupid dan Beluran) dan Pedalaman Sabah (Sipitang, Tenom, Kuala Penyu dan Beaufort), Pantai Barat dan Kudat di Sabah. - Bernama


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!