Giliran Wyman Goh pimpin carta

Wyman Goh kini mengungguli carta perseorangan lelaki 100PLUS Cabaran Ranking Remaja Kebangsaan Peringkat Akhir.
Wyman Goh kini mengungguli carta perseorangan lelaki 100PLUS Cabaran Ranking Remaja Kebangsaan Peringkat Akhir.
A
A
A

Perebutan kedudukan teratas bagi perseorangan lelaki 100PLUS Cabaran Ranking Remaja Kebangsaan Peringkat Akhir semakin sengit dengan melibatkan tiga pemain, Wyman Goh, Ong Ken Yon dan Justin Hoh yang berkongsi dua mata selepas tamat tiga perlawanan.

Kedudukan semasa perseorangan lelaki kini dipegang Wyman Goh selepas menundukkan pendahulu hari pertama, Ong Ken Yon dengan kemenangan straight set 21-11, 21-17.

“Corak serangan saya masih lemah dan pemain pemain remaja ini tampak bermain tanpa tekanan sebaliknya pemaion senior lebih tertekan.

“Kedudukan saya dalam kumpulan masih belum selamat dan perlu pastikan kemenangan pada perlawanan seterusnya jika mahu kekalkan kedudukan,” kata Wyman Goh.

Ong Ken Yon pula di kedudukan kedua manakala Justin Hoh turun di tangga ketiga selepas tewas kepada Jacky Kok Jing Hong straight set 21-10, 22-20.

Lee Shun Yang dan Ter Chun Long masing-masing berkongsi satu mata untuk berada di kedudukan kelima dan keenam.

Perebutan bagi saingan wanita juga tidak kurang hebat melibatkan Eoon Qi Xuan dan K Letshaana yang terus unggul di dua tangga teratas.

Qi Xuan melakar kemenangan kedua berturut-turut untuk mengumpul dua mata selepas menang ke atas Myisha Mohd Khairul straight set 21-12, 21-12, sekali gus kekal selaku pendahulu.

Artikel Berkaitan:

Letshaana terus mengekori dibelakang apabila turut meraih dua mata selepas mudah menundukkan Tan Zhing Yi 21-7, 21-13.

“Kekuatan kaki dan pergerakan badan masih perlu diperbaiki kerana saya rasa masih ada kekurangan,” kata Qi Xuan.

Qi Xuan dan Letshaana akan berentap esok bagi penentuan juara dan naib juara kumpulan.

“Saya harap boleh main dengan baik esok ketika menentang Qi Xuan. Kelebihan memihak kepada dia kerana kekuatannya lebih baik berbanding saya tetapi esok saya akan bermain dengan sehabis baik,” ujar Letshaana.

Kejutan berlaku dalam acara beregu lelaki yang menyaksikan Muhd Haikal Nazri/Wan Muhd Arif Wan Junaidi bangkit daripada kekalahan untuk melakar kemenangan 15-21, 21-16, 21-19 ke atas beregu senior, Choong Hon Jian/Nur Firdaus Azman.

Selepas melakar satu kemenangan dan satu kekalahan, Arif dan Haikal menghuni tangga kedua - berkongsi satu mata dengan Hon Jian dan Firdaus yang berada di kedudukan ketiga.

Haikal dan Arif perlu menang dalam aksi terakhir esok menentang rakan sepasukan, Beh Chun Meng/Goh Boon Zhe untuk memastikan kedudukan kedua menjadi milik mereka.

Beregu wanita pula akan memperlihatkan penentuan bagi kedudukan juara dan naib juara kumpulan akan berlaku esok melibatkan Pearly Tan/Toh Ee Wei dan Yap Ling/Teoh Mei Xing.