Megat Shahriman hantar rayuan kepada KHM

Megat D Shahriman
Megat D Shahriman
A
A
A

HOCKADEMY mengesahkan bahawa Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin selaku pemilik Hockademy mengemukakan rayuan bertulis kepada Jawatankuasa Rayuan Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) pada Selasa lalu.

Menurut jurucakap kelab itu, melalui surat rayuan setebal 10 muka surat itu, Megat Shahriman telah mengemukakan beberapa hujah balas bagi mempertahankan tindakannya.

"Sehubungan dengan itu, pihak Hockademy berharap rayuan ini akan dipertimbangkan seadil-adilnya mengikut prinsip dan laras undang-undang sukan antarabangsa, " katanya dalam satu kenyataan hari ini.

KHM sebelum ini menjatuhkan hukuman penggantungan selama 18 bulan terhadap Megat Shahriman daripada terlibat dengan sebarang aktiviti hoki sepanjang tempoh tersebut.

Hukuman itu diputuskan oleh badan induk hoki negara itu pada 3 November lalu melalui keputusan yang dibuat Lembaga Eksekutif KHM.

ARTIKEL BERKAITAN: Megat Shahriman digantung 18 bulan

Artikel Berkaitan: