Buat rayuan jika gagal dapat RMT

RMT
RMT
A
A
A

PUTRAJAYA - Kementerian Pendidikan menasihatkan mana-mana keluarga yang anak mereka tidak layak menerima bantuan Rancangan Makanan Tambahan (RMT) untuk mengemukakan rayuan.

Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan kementerian itu, Jawatankuasa RMT akan memberi pertimbangan khas ke atas rayuan yang dikemukakan.

“Mana-mana keluarga yang anak mereka tidak layak menerima RMT tetapi merasakan mereka tidak mampu atas alasan tertentu boleh mengemukakan rayuan di sekolah masing-masing,” merujuk kenyataan itu.

Difahamkan, syarat pertimbangan yang digunakan bagi tahun 2019 masih sama iaitu syarat yang digunakan sejak 2014.

“Justeru, ada kemungkinan sebahagian murid tidak menerima bantuan tahun ini disebabkan perubahan dalam pendapatan ibu bapa atau penjaga masing-masing.

“Bagaimanapun Kementerian Pendidikan menasihatkan ibu bapa atau penjaga murid terbabit supaya mengemukakan rayuan untuk pertimbangan khas,” katanya.

Berhubung kes yang menjadi tular di media sosial, KPM telah pun meminta Jabatan Pendidikan Johor dan pengurusan sekolah murid tersebut agar meneliti kes berkenaan.

“Kementerian Pendidikan sentiasa bersedia untuk menghulurkan sokongan kepada murid-murid yang benar-benar memerlukan bantuan termasuk RMT.

Artikel Berkaitan: