Banjir di Ijok belum surut

Seorang anggota APM memantau keadaan banjir yang melanda dua kampung hingga menyebabkan penduduk terpaksa dipindahkan ke PPS Dewan Serbaguna Desa Coalfields MDKS semalam.
Seorang anggota APM memantau keadaan banjir yang melanda dua kampung hingga menyebabkan penduduk terpaksa dipindahkan ke PPS Dewan Serbaguna Desa Coalfields MDKS semalam.
A
A
A

KUALA SELANGOR - Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Serbaguna Desa Coalfields Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) meningkat kepada 23 orang hari ini.

Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Kapten (PA) Shaiful Azril Zainal berkata, jumlah mangsa banjir yang melanda Kampung Seri Sentosa dan Kampung Sri Aman di sini malam kelmarin meningkat berbanding hanya 21 mangsa semalam.

"Peningkatan dua lagi mangsa banjir itu terdiri daripada seorang lelaki dan wanita.

"Jumlah keseluruhan mangsa banjir ini dicatatkan sehingga jam 9 pagi tadi," katanya kepada Sinar Harian di sini hari ini.

Shaiful Azril berkata, pembukaan PPS itu berikutan hujan lebat berterusan selama beberapa jam menyebabkan paras air meningkat hingga melimpah ke kawasan kediaman penduduk.

"Hasil pemantauan lokasi banjir di Kampung Seri Sentosa mendapati paras air masih statik dan dianggarkan sedalam 0.3 meter.

"Paras air di Kampung Sri Aman pula mulai surut, namun hujan lebat yang kembali melanda menyebabkan berlaku sedikit kenaikan paras air di kawasan tersebut," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Banjir: 21 penduduk dari dua kampung berpindah

Artikel Berkaitan: