X

Kindly register in order to view this article
!

Selasa | 26 Oktober 2021

Bot karam: Empat nelayan dikhuatiri hilang

Azrol Anuar (kiri) ketika sidang media di IPD Besut hari ini.
A
A

BESUT - [DIKEMAS KINI] Empat nelayan warga Myanmar dikhuatiri hilang setelah bot dinaiki mereka karam dipercayai dipukul ribut dalam kejadian awal pagi tadi.

Dalam kejadian jam 3 pagi itu, bot berkenaan dalam perjalanan dari Jeti Perikanan Geting, Tumpat, Kelantan untuk menangkap ikan di sekitar perairan Terengganu sebelum karam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Besut, Deputi Superintendan Azrol Anuar Nor berkata, kejadian dipercayai berlaku kira-kira 12 batu nautika dari Kuala Besut berhampiran Pulau Perhentian dan Pulau Susu Dara.

"Bot berkenaan telah dinaiki seorang tekong warga Thailand dan empat nelayan warga Myanmar masing-masing berusia lingkungan 40-an.

"Seorang mangsa warga Myanmar telah diselamatkan sebuah bot lain manakala empat lagi belum ditemui," katanya kepada pemberita pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Besut di sini hari ini.

Beliau berkata, usaha mencari dan menyelamat mangsa telah digerakkan oleh pasukan polis dari IPD Besut dan pasukan Polis Marin Wilayah Timur bersama agensi penguatkuasaan lain.

Katanya, radius pencarian sekitar enam batu nautika dari lokasi kejadian.

"Seramai dua pegawai, 11 anggota berserta sebuah bot digerakkan untuk mencari mangsa.

"Pihak PDRM turut dibantu Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Wilayah Timur dengan kekuatan lima pegawai dan 51 anggota bersama sebuah bot dan sebuah kapal," katanya.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!