Pahang sedia tandatangani perjanjian struktur semula bekalan air

Wan Rosdy menjawab pertanyaan Yu Man yang ingin mengetahui perkembangan terkini mengenai penstrukturan semula air di Pahang pada sidang Dun hari ini.
Wan Rosdy menjawab pertanyaan Yu Man yang ingin mengetahui perkembangan terkini mengenai penstrukturan semula air di Pahang pada sidang Dun hari ini.
A
A
A

KUANTAN - Kerajaan Pahang sudah bersedia untuk menandatangani perjanjian penstrukturan semula industri perkhidmatan bekalan air Pahang dengan kerajaan Persekutuan.

Menteri besarnya, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, sebelum itu, kerajaan Persekutuan memaklumkan akan membentangkan draf perjanjian berkenaan kepada kerajaan Pahang bagi mendapatkan kelulusan dalam Mesyuarat Jemaah Menteri bulan ini.

"Kita telah menunaikan semua tanggungjawab dalam usaha untuk memuktamadkan penstrukturan semula bekalan air Pahang dan menunggu tarikh untuk menandatangani perjanjian-perjanjian itu sahaja.

"Perjanjian dijangka ditandatangani pada penghujung Disember ini," katanya.

Beliau berkata demikian kita menjawab pertanyaan Leong Yu Man (DAP- Triang) yang ingin mengetahui perkembangan terkini mengenai penstrukturan semula air di Pahang.

Wan Rosdy berkata, kerajaan Pahang juga telah memohon hapus kira bagi pinjaman projek bekalan air negeri bagi penstrukturan semula bekalan air kepada Perdana Menteri melalui surat bertarikh 25 Oktober 2018.

Sehubungan itu katanya, pihak kerajaan juga telah bersetuju untuk menubuhkan satu pasukan khas bagi merunding perkara ini.

"Hasil rundingan yang telah dibuat dengan Kementerian Air Tanah dan Sumber Asli (KATS), tiga perjanjian telah dimuktamadkan.

Artikel Berkaitan:

"Tiga perjanjian yang terlibat di dalam proses penstrukturan ini membabitkan Perjanjian Utama (Master Agreement) (37 Fasal) Melibatkan Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri Pahang, Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP) dan Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB). Kedua, Perjanjian Pajakan (Lease Agreement) (19 Fasal) melibatkan PAAB dan PAIP dan seterusnya Perjanjian Kemudahan (Facility Agreement) (35 Fasal)

"Draf perjanjian-perjanjian ini telah dibentang di dalam mesyuarat pada 28 Oktober lalu dan diluluskan untuk ditandatangani oleh pihak-pihak di dalam perjanjian tersebut. Keputusan ini juga telah dimaklumkan kepada KATS melalui surat bertarikh 3 November lalu," katanya.