Nak pergi mohon bantuan, motosikal pula terbakar
KULAI - Hasrat seorang lelaki orang asli untuk memohon bantuan Baitulmal tidak tercapai apabila motosikal yang ditunggang bersama dua anak lelakinya rosak sebelum terbakar di Plaza Tol Senai di sini hari ini.
Bagaimanapun dalam kejadian itu, mangsa berusia 30-an dan dua anaknya yang berusia enam dan lapan tahun sempat menyelamatkan diri.
Menerusi hantaran Facebook rasmi Polis Daerah Kulai, kebakaran itu dipercayai berpunca daripada percikan api di bahagian enjin motosikal.
Menurutnya, kebakaran itu berjaya dipadam oleh seorang anggota polis dari Balai Polis Senai iaitu Koperal Mohd Redzuan Mohamed yang ketika itu bertugas di Sekatan Jalan Raya Plaza Tol Senai.
"Mohd Redzuan bergegas datang membantu memadamkan kebakaran. Walau bagaimanapun api cepat marak dan memusnahkan keseluruhan motosikal tersebut," katanya.
Difahamkan tiga beranak itu juga itu tersesat jalan ketika dalam perjalanan.
“SUDAH JATUH DITIMPA TANGGA” Kulai, 16 Nov 2020 - Hasrat seorang lelaki Asli untuk memohon bantuan dari Baitulmal Johor...
Posted by Polis Daerah Kulai on Monday, November 16, 2020
Kerajaan Persekutuan kaji permohonan wujudkan hospital di Pengerang - Azalina
Penduduk terganggu pencemaran udara, bunyi bising
Onn Hafiz tegaskan tiada kasino akan dibuka di Johor
Kulai sedia main peranan dalam pembangunan JSSEZ
[VIDEO] Suami isteri jual sate ayam semurah 50 sen secucuk
'Bea sobar bea, Bea rilek bea' lonjak kembali lagu dialek Kelantan
Peniaga dibunuh kejam kerana dendam
Penunggang motosikal berkuasa tinggi maut nahas
Murid SJKC raih 8A UPKK, petah berbahasa Inggeris
Anak MB Perlis, empat lain dilepas dengan jaminan SPRM