Doktor digelar wira selepas selamatkan pesakit Covid-19 dalam kebakaran

Kesan terbakar yang berwarna hitam kelihatan di salah sebuah tingkap unit rawatan rapi sebuah hospital di bandar Piatra Neamt pada Sabtu lalu. - Foto AFP
Kesan terbakar yang berwarna hitam kelihatan di salah sebuah tingkap unit rawatan rapi sebuah hospital di bandar Piatra Neamt pada Sabtu lalu. - Foto AFP
A
A
A

BUCHAREST - Seorang doktor yang melecur teruk selepas cuba menyelamatkan pesakit Covid-19 dalam kebakaran di sebuah hospital di Romania digelar sebagai wira semalam.

Sebanyak 10 orang yang merupakan pesakit Covid-19 terkorban dalam kebakaran yang berlaku pada lewat Sabtu lalu di unit rawatan rapi hospital tersebut di bandar Piatra Neamt manakala enam lagi cedera parah.

Semua mangsa terkorban adalah tujuh lelaki dan tiga wanita yang berumur dalam lingkungan 67 hingga 86 tahun.

Selepas melecur peringkat kedua dan ketiga sehingga 40 peratus pada badannya, beliau yang dinamakan oleh media sebagai Dr Catalin Denciu dipindahkan ke hospital tentera Queen Astrid di Belgium untuk mendapatkan rawatan khas.

"Saya menyuarakan penghargaan untuk doktor wira itu yang menunjukkan keberanian dan semangat pengorbanan dalam berusaha menyelamatkan para pesakit," kata Perdana Menteri, Ludovic Orban kepada media tempatan.

Pihak pendakwa raya telah membuka inkuiri berhubung tragedi itu manakala Kementerian Kesihatan mencadangkan kebakaran berpunca daripada litar pintas. - AFP

Artikel Berkaitan: