X

Kindly register in order to view this article
!

YaPEIM saran Wilayah Bebas Niaga diperluas ke seluruh negara

Mohd Redza Shah Abdul Wahid
A
A

SHAH ALAM - Pelaksanaan Wilayah Bebas Niaga yang dikemukakan oleh Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa mampu membantu memantapkan ekonomi negara.

Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah YaPEIM, Datuk Haji Mohd Redza Shah Abdul Wahid berkata, usaha itu merupakan peluang dan harapan untuk warga Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan ini memanfaatkannya sebaik mungkin.

“Pelaksanaan seumpama ini seharusnya ada di semua negeri di Malaysia selagi mematuhi SOP dan memastikan kebersihan”, katanya dalam satu kenyataan hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Wilayah Bebas Berniaga: KWP beri jaminan kebebasan berniaga terkawal

Menurutnya, YaPEIM menerusi Ar Rahnu YaPEIM juga memberikan sokongan dalam bentuk pembiayaan berasaskan emas dan sentiasa membuka pintu untuk membantu mereka yang terkesan terutamanya kehilangan pendapatan dengan menawarkan platform jualan secara dalam talian iaitu menerusi CMASA.my sekaligus menjadi pilihan tambahan selain pembukaan gerai.

“Kami berharap masyarakat menggunakan peluang diberikan sebaiknya dalam usaha memperkasakan sektor ekonomi khususnya industri tempatan sekali gus melonjak pertumbuhan ekonomi negara amnya,” katanya.


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!