Mangsa tanah runtuh datang Ipoh urusan kerja

Semalam, pasukan penyelamat menemukan mayat lelaki berkenaan pada jam 9.55 pagi disusuli penemuan mayat wanita itu beberapa minit kemudian di sebuah unit di resort berkenaan selepas kejadian tanah runtuh pada kira-kira jam 1.30 pagi. Gambar kecil: A Asmadi Abdul Aziz
Semalam, pasukan penyelamat menemukan mayat lelaki berkenaan pada jam 9.55 pagi disusuli penemuan mayat wanita itu beberapa minit kemudian di sebuah unit di resort berkenaan selepas kejadian tanah runtuh pada kira-kira jam 1.30 pagi. Gambar kecil: A Asmadi Abdul Aziz
A
A
A

IPOH - Polis mengesahkan kedua-dua mangsa tanah runtuh di sebuah vila di Tambun di sini semalam berada di bandar raya ini bagi tujuan kerja.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner A Asmadi Abdul Aziz berkata, kesemua mangsa mempunyai kebenaran untuk merentas negeri dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Menurutnya, mangsa lelaki, Ooi Chee Wei, 39, merupakan pegawai di sebuah syarikat minyak dan gas, manakala mangsa wanita, Lee Tze Juin, 32, seorang ejen hartanah masing-masing berasal dari Kuala Lumpur.

"Mangsa lelaki telah dicam oleh isteri semalam, manakala mangsa wanita dicam oleh adik perempuan hari ini. Kedua-dua mereka dari Kuala Lumpur.

"Kita klasifikasi kes sebagai mati mengejut dan makluman dari bedah siasat itu mendapati kematian disebabkan kecederaan akibat terhempap dinding tembok dan tanah," katanya kepada pemberita di Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini hari ini.

Katanya, mayat kedua-dua mangsa dituntut ahli keluarga masing-masing hari ini.

Semalam, pasukan penyelamat menemukan mayat lelaki berkenaan pada jam 9.55 pagi disusuli penemuan mayat wanita itu beberapa minit kemudian di sebuah unit di resort berkenaan selepas kejadian tanah runtuh pada kira-kira jam 1.30 pagi.

ARTIKEL BERKAITAN [VIDEO] Identiti dua mangsa tanah runtuh di Tambun dikenal pasti

Artikel Berkaitan: