X

Kindly register in order to view this article
!

Peruntukan JASA: Anwar simpati dengan Tengku Zafrul

ANWAR IBRAHIM, TENGKU ZAFRUL
A
A

KUALA LUMPUR - Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz digesa membatalkan peruntukan Belanjawan 2021 bagi penubuhan semula Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) dan Penggerak Komuniti Tempatan (PeKT).

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan peruntukan itu 'terpaksa' diletakkan oleh Tengku Zafrul dalam Belanjawan 2021 dibentangkan Jumaat lalu.

"(Peruntukan JASA) yang dimasukkan dan peruntukan KPKT RM8.6 juta ini, saya sebenarnya simpati dengan Menteri Kewangan kerana dia bukan orang politik jadi dia letakkan saja.

"Saya nak beritahu menteri kewangan bila jadi macam ini, yang kena jawab menteri kewangan. Jadi sebagai sahabat yang simpati, batalkan sajalah,” katanya ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan (Belanjawan) 2021 di Dewan Rakyat hari ini.

Terdahulu, Fahmi Fadzil (PH-Lembah Pantai) turut mencelah agar peruntukan untuk JASA dan PeKT diberikan semula kepada 'barisan hadapan' selain daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!