X

Kindly register in order to view this article
!

Helikopter terhempas dekat Taman Melawati, Ampang, Selangor kira-kira jam 12 tengah hari tadi. - FOTO MOHD IZARI ROSLI
A
A

AMPANG - [DIKEMAS KINI] Dua maut selepas dua helikopter terhempas di Taman Melawati di sini pagi tadi.

Ketua Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Penguasa Bomba Zulfikar Jaffar berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 11.46 pagi tadi.

Menurutnya, kejadian berlaku berhampiran Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Taman Melewati.

"Siasatan awal kemalangan melibatkan dua helikopter bertembung dan terhempas.

"Terdapat empat mangsa termasuk seorang wanita. Dua mangsa lelaki tidak sedarkan diri dan dua mangsa selamat iaitu seorang lelaki dan wanita terbabit," katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Sebuah lagi helikopter yang mendarat di padang sekolah. - FOTO MOHD IZARI ROSLI
Sebuah lagi helikopter yang mendarat di padang sekolah. - FOTO MOHD IZARI ROSLI

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Esha mengesahkan nama mangsa yang maut adalah Mohamed Sabri Baharon dan Mohd Irfan Rawi

Sementara itu, sebuah lagi helikopter mangsa yang terselamat ialah Datuk Ahmad Jauhari Yahya dan Tan Chai Lan.

Beliau memaklumkan penerbangan ini daripada Subang ke Genting Sempah dan helikopter terlibat daripada MyHeli Club.

ARTIKEL BERKAITAN: 'Kami kenal jam arwah pakai'

BSKU mulakan siasatan nahas helikopter: MOT

Helikopter terhempas: Dua maut termasuk bekas tentera laut

Dua maut helikopter bertembung, terhempas

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, ACP Mohamad Farouk Esha ketika ditemui media. - FOTO MOHD IZARI ROSLI
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, ACP Mohamad Farouk Esha ketika ditemui media. - FOTO MOHD IZARI ROSLI

Lokasi helikopter terhempas dekat Taman Melawati, Ampang, Selangor.
Lokasi helikopter terhempas dekat Taman Melawati, Ampang, Selangor.

Helikopter terhempas dekat Taman Melawati, Ampang, Selangor kira-kira jam 12 tengah hari tadi

Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!