Tepati prinsip Memorandum Suara Rakyat yang diserahkan Pemuda UMNO

Asyraf Wajdi ketika menghantar memorandum suara hati rakyat kepada Menteri Kewangan sebelum ini. -Foto Facebook Asyraf Wajdi
Asyraf Wajdi ketika menghantar memorandum suara hati rakyat kepada Menteri Kewangan sebelum ini. -Foto Facebook Asyraf Wajdi
A
A
A

KUALA LUMPUR - Belanjawan 2021 secara dasarnya menepati prinsip yang digariskan dalam Memorandum Suara Rakyat yang diserahkan Pemuda UMNO kepada Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz baru-baru ini.

Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, antara kandungan memorandum yang diserahkan pihaknya itu berpaksikan kepada belanjawan mengembang (expansionary budget), tidak terikat dengan kekangan kedudukan fiskal negara, dan menfokuskan kepada kesejahteraan rakyat.

"Pengamatan awal mendapati Belanjawan 2021 ini agak menyeluruh dan menyentuh hampir semua golongan sasaran termasuk di bandar dan luar bandar dan wilayah pembangunan.

"Walaupun ada perbezaan dari jumlah kuantum bantuan dan insentif yang kami tuntut, secara dasarnya YB Menteri (Tengku Zafrul) menyantuni pandangan kami sebaiknya.

"Sebagai contoh, Pemuda UMNO menuntut agar lanjutan tempoh moratorium secara pukal dalam tempoh 3 ke 6 bulan. Kedua, Pemuda UMNO juga menuntut, kebenaran pengeluaran akaun satu KWSP sekurang-kurangnya RM5,000.

"Ketiga, e-wallet yang dicadangkan adalah bernilai RM50 sebulan untuk tempoh 12 bulan kepada belia yang belajar di universiti awam dan swasta," katanya menerusi Facebook hari ini.

Asyraf Wajdi berkata, Pemuda UMNO akan mengkaji lebih mendalam mengenai belanjawan berkenaan, berbincang dan memperhalusi implikasi serta kesannya kepada rakyat secara menyeluruh.

Artikel Berkaitan: