Klusterisasi wujudkan keseimbangan di Selangor

Amirudin dalam program Bicara Minda Sinar Harian hari ini.
Amirudin dalam program Bicara Minda Sinar Harian hari ini.
A
A
A

SHAH ALAM - Klusterisasi atau pembangunan gugusan yang dilaksanakan oleh Kerajaan Selangor melalui Belanjawan 2019 sebelum ini diwujudkan bagi memastikan keseimbangan antara masyarakat bandar dan luar bandar.

Menteri Besar, Amirudin Shari berkata, aspek nilai tambah dan pertanian moden di kawasan luar bandar akan diberikan perhatian oleh kerajaan negeri selepas ini bagi menggalakkan anak muda menceburi bidang berkenaan.

Beliau berkata, bagi kawasan bandar, kerajaan negeri cuba untuk meneruskan tradisi kebudayaan dengan menjadikan Petaling Jaya sebagai Kota Seni Warisan melalui penganjuran program pada setiap bulan.

"Melalui klusterirasi yang dilaksanakan oleh kerajaan negeri ini, ia dapat membuka dan memberi nilai tambah di kawasan bandar dan luar bandar agar seimbang," katanya ketika Bicara Minda Sinar Harian hari ini.

Sementara itu, Amirudin berkata Kerajaan Selangor juga sentiasa cuba untuk meningkatkan parameter kemiskinan sejak tahun 2008 lagi.

Beliau berkata, pada tahun 2017, kerajaan negeri juga telah membuat kajian bagi melihat kualiti kehidupan selesa buat rakyat Selangor dan kadar parameter kemiskinan pada waktu itu turut ditingkatkan sekitar RM1,900.

"Kita ambil parameter ini di mana pendapatan RM2,000 ke bawah akan diberi fokus untuk program kebajikan kerana sebahagian besar berada di kawasan bandar," katanya.

Artikel Berkaitan: