Belanjawan 2021: Insentif pengeluaran getah RM300 juta

Peruntukan bagi Insentif Pengeluaran Getah ditingkatkan sekali ganda daripada RM150 juta kepada RM300 juta bagi membantu pekebun kecil getah. Gambar hiasan.
Peruntukan bagi Insentif Pengeluaran Getah ditingkatkan sekali ganda daripada RM150 juta kepada RM300 juta bagi membantu pekebun kecil getah. Gambar hiasan.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Bagi membantu pekebun kecil getah dalam keadaan harga pasaran rendah, peruntukan bagi Insentif Pengeluaran Getah akan ditingkatkan sekali ganda daripada RM150 juta kepada RM300 juta.

Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, dengan kenaikan itu, pendapatan 150,000 pekebun kecil getah persendirian dapat distabilkan.

Selain itu, beliau berkata, sebanyak RM1.7 bilion disediakan dalam bentuk subsidi, bantuan dan insentif kepada petani dan nelayan.

"Antaranya subsidi harga padi sebanyak RM570 juta, subsidi dan insentif tanaman padi berjumlah RM960 juta termasuk subsidi baja padi bukit yang diperkenalkan semula sebanyak RM40 juta.

"Kesemua bantuan ini dijangka memanfaatkan lebih 300,000 pesawah di seluruh negara termasuk penanam padi bukit di Nabawan, Sabah dan Kanowit, Sarawak," katanya.

Artikel Berkaitan: