Kerajaan komited dapatkan vaksin Covid-19

Lebih RM3 bilion diperuntukkan untuk bekalan vaksin Covid-19 bagi memenuhi keperluan rakyat Malaysia.
Lebih RM3 bilion diperuntukkan untuk bekalan vaksin Covid-19 bagi memenuhi keperluan rakyat Malaysia.
A
A
A

SHAH ALAM - Kerajaan komited untuk mendapatkan sumber vaksin koronavirus (Covid-19) antaranya melalui penyertaan ke dalam program 'Covid-19 Vaccine GlobalAccess' atau COVAX.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, dijangkakan bekalan vaksin Covid-19 melibatkan kos melebihi RM3 bilion untuk memenuhi keperluan rakyat Malaysia.

Selain itu katanya, bagi menggalakkan rakyat mendapatkan vaksinasi mencegah penularan penyakit, kerajaan bersetuju untuk meluaskan skop pelepasan cukai bagi perbelanjaan rawatan perubatan meliputi perbelanjaan vaksinasi seperti pneumokokal, influenza serta Covid-19.

"Pelepasan cukai ini diberi ke atas perbelanjaan vaksinasi bagi diri sendiri, pasangan dan anak-anak terhad kepada RM1,000 ringgit.

"Kerajaan juga akan menaikkan had pelepasan cukai ke atas perbelanjaan rawatan perubatan diri, pasangan dan anak bagi penyakit serius daripada RM6,000 kepada RM8,000 dan had pelepasan cukai bagi skop perbelanjaan pemeriksaan kesihatan penuh dinaikkan daripada RM500 kepada RM1,000," katanya pada pembentangan Belanjawan 2021 hari ini.

Artikel Berkaitan: