30 peti pembekal elektrik rosak, dicuri

Azmizam melihat peti pembekal elektrik yang dirosakkan ketika melawat kawasan terlibat kes vandalisme di sekitar Pelabuhan Klang.
Azmizam melihat peti pembekal elektrik yang dirosakkan ketika melawat kawasan terlibat kes vandalisme di sekitar Pelabuhan Klang.
A
A
A

PELABUHAN KLANG – Lebih 40,000 penduduk dan pengguna jalan raya di kawasan Dun Pelabuhan Klang terjejas apabila hampir 30 peti pembekal (Feeder Pillar) elektrik rosak akibat dicuri pihak tidak bertanggungjawab.

Adun Pelabuhan Klang, Azmizam Zaman Huri berkata, masalah vandalisme itu menyebabkan kawasan di Lebuhraya Pulau Indah, Laguna Park, Taman Kem dan Telok Gong bergelap kerana lampu jalan tidak berfungsi.

Katanya, kes kecurian kabel dan wayar elektrik yang terdapat pada peti pembekal sudah lama berlaku namun semakin kritikal sejak setahun kebelakangan ini.

“Difahamkan, kebanyakan komponen ini dicuri oleh penagih dadah yang sanggup melakukan apa sahaja bagi melepaskan gian mereka termasuk risiko terkena renjatan elektrik.

Sebahagian peti pembekal elektrik yang dirosakkan oleh pihak tidak bertanggungjawab.
Sebahagian peti pembekal elektrik yang dirosakkan oleh pihak tidak bertanggungjawab.

“Disebabkan masalah ini, lampu-lampu jalan dan isyarat di kawasan terbabit tidak berfungsi, sekali gus membahayakan nyawa penduduk dan pengguna jalan raya.

“Kita sering menerima aduan daripada penduduk dan bila diperiksa, tempat sama berlaku kes kehilangan kabel dan wayar elektrik disebabkan peti pembekal dirosakkan pihak terbabit.

“Bila Jabatan Kerja Raya (JKR) datang baiki, tidak sampai seminggu masalah sama pasti akan berulang,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Beliau berkata demikian ketika sidang media selepas melawat beberapa lokasi kejadian vandalisme yang kerap berlaku di sekitar Pelabuhan Klang, hari ini.

Turut hadir, Jurutera Elektrik JKR, Amzar Zubir dan Pegawai Penyiasat Kanan, Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Selatan, Asistan Superintendan Mohd Sukri Ayob.

No Image Caption

Lawatan turut disertai Majlis Perbandaran Klang.

Menurut beliau, kos membaik pulih peti pembekal itu dianggarkan mencecah RM4.7 juta.

“Ini sekali gus mengakibatkan beban kewangan kerajaan negeri bertambah apabila kos baik pulih melibatkan jutaan ringgit.

“Jadi untuk mengelakkan perkara sama berlaku pada masa akan datang, JKR dan MPK mengambil inisiatif untuk memasang besi di sekeliling peti pembekal di semua kawasan terlibat terutamanya kawasan kritikal.

“Kita juga memberi cadangan untuk tinggikan kedudukan peti pembekal untuk mengelakkan pihak tidak bertanggungjawab mencuri wayar dan kabel selain memasang kamera litar tertutup di setiap kawasan peti pembekal bagi memudahkan pemantauan oleh pihak terbabit,” katanya.

Justeru kata Azmizam, beliau meminta kerjasama penduduk supaya turut sama membantu membanteras kegiatan vandalisme ini.