MetMalaysia keluarkan notis Nasihat Taufan Goni di tenggara Luzon, Filipina

MetMalaysia
MetMalaysia
A
A
A

KUALA LUMPUR - Taufan Goni yang bergerak ke arah barat daya dengan kelajuan 20 kilometer sejam (km/j) dikesan di kedudukan 815km ke tenggara Luzon, Filipina, berdasarkan pemerhatian pada jam 8 pagi tadi.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) yang mengeluarkan notis Nasihat Taufan hari ini menyatakan kelajuan taufan itu boleh mencecah 213 km/j.

Kenyataan itu menyebut jarak taufan dari bandar terdekat adalah kira-kira 1,571km ke timur laut Sandakan, Sabah.

Bagaimanapun, pergerakan Taufan Goni tidak memberi kesan signifikan terhadap Malaysia. - Bernama

Artikel Berkaitan: