UUM batal Majlis Konvokesyen ke-33

UUM mengumumkan pembatalan Majlis Konvokesyen ke-33 bagi tahun 2020.
UUM mengumumkan pembatalan Majlis Konvokesyen ke-33 bagi tahun 2020.
A
A
A

SINTOK - Universiti Utara Malaysia (UUM) mengumumkan pembatalan Majlis Konvokesyen ke-33 bagi tahun 2020 selepas mengambil kira nasihat dan saranan daripada pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan oleh Jabatan hal Ehwal Akademik semalam, graduan dinasihatkan untuk melayari laman web rasmi Jabatan Hal Ehwal Akademik (HEA), UUM (www.hea.uum.edu.my) mulai 5 November ini bagi mendapatkan maklumat berkaitan kaedah memperoleh transkrip dan ijazah masing-masing.

"Segala kesulitan amatlah dikesali. Marilah kita sama-sama berdoa agar keadaan akan kembali pulih seperti sedia kala.

"Semoga kita semua sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) serta menghidupkan pembudayaan normal baharu dalam kehidupan harian kita," katanya.

Artikel Berkaitan: