Malaysia kecam tindakan fitnah agama Islam

Hishammuddin Hussein
Hishammuddin Hussein
A
A
A

PUTRAJAYA - Malaysia mengecam sekeras-kerasnya tindakan retorik dan provokatif yang memfitnah agama Islam serta tidak menghormati lebih dua bilion penganutnya di seluruh dunia.

Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dalam kenyataannya berkata, tindakan tersebut yang dapat disaksikan dunia menerusi ucapan populis serta penerbitan karikatur yang menggambarkan Nabi Muhammad SAW baru-baru ini.

"Sebagai negara Islam yang demokratik dan sederhana dengan masyarakatnya yang berbilang etnik serta agama, Malaysia akan terus memperjuangkan dan mengekalkan hubungan damai serta harmoni, bukan sahaja sesama rakyat yang berbeza kepercayaan tetapi juga dalam konteks masyarakat global yang majmuk.

"Malaysia akan terus bekerjasama dengan komuniti antarabangsa demi meningkatkan amalan saling menghormati antara agama serta mencegah ekstremisme agama," katanya.

Beliau berkata demikian susulan tindak balas dan kemarahan dunia Islam terhadap kenyataan terbuka Presiden Perancis, Emmanuel Macron mengenai hak untuk menyiarkan karikatur Nabi Muhammad SAW yang dianggap sebagai menghina Islam.

Kenyataan Macron minggu lalu dibuat sebagai respons kepada pembunuhan seorang guru, Samuel Paty di luar sekolahnya yang terletak di pinggir bandar Paris awal bulan ini selepas beliau menunjukkan karikatur Nabi Muhammad SAW dalam kelas semasa mengajar topik mengenai kebebasan bersuara.

Artikel Berkaitan: