Lori bawa lebih muatan sebab tiada operasi

Ayob Khan (tengah) meninjau keadaan lori yang diperiksa menerusi Operasi Perdagangan Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Johor di Stesen Timbang JPJ Ulu Tiram di sini hari ini.
Ayob Khan (tengah) meninjau keadaan lori yang diperiksa menerusi Operasi Perdagangan Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Johor di Stesen Timbang JPJ Ulu Tiram di sini hari ini.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Tiada operasi dijalankan pada hujung minggu antara alasan yang sering diberikan pemandu lori membawa muatan berlebihan ketika ditahan anggota penguat kuasa terutama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, lori membawa muatan berlebihan itu kebanyakannya dikesan di kawasan laluan kuari dan ladang kelapa sawit.

Menurutnya, sikap tamak pengusaha dan pemandu lori mengejar 'trip' menyebabkan mereka sanggup mengambil risiko membahayakan nyawa pemandu jalan raya lain dengan membawa muatan berlebihan.

"Saya sendiri pernah berdepan dengan situasi berhadapan dengan pemandu lori yang membawa muatan berlebihan semasa dalam perjalanan ke Kluang beberapa hari lalu.

"Saya minta Ketua Balai Polis Daerah untuk turun, tahan serta bertanya kepada pemandu lori terbabit. Alasan dia sebab hari Sabtu tiada operasi dijalankan.

Ayob Khan meninjau keadaan lori pasir membawa lebih muatan yang diperiksa menerusi Operasi Perdagangan Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Johor di Stesen Timbang JPJ Ulu Tiram di sini, hari ini.

"Biasanya pengusaha dan pemandu ini mereka dapat tahu bila penguat kuasa akan menjalankan operasi berdasarkan pengalaman sendiri," katanya pada sidang akhbar selepas menghadiri Operasi Perdagangan Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Johor di Stesen Timbang JPJ Ulu Tiram di sini semalam.

Ayob Khan berkata, sebanyak 118 lori telah disita menerusi 206 operasi Ops Perdagangan dijalankan JSPT di Johor sejak Jun lalu hingga semalam.

Artikel Berkaitan:

"Dalam tempoh itu juga sebanyak 3,512 saman dikeluarkan. Antara kesalahan dilakukan membawa muatan secara merbahaya, menggunakan tayar celup, tayar tiruan dan tayar botak.

"Terdapat juga kesalahan tidak membuat penyelenggaraan berkala di Puspakom, muatan tercicir dari kenderaan, pemandu memandu di bawah pengaruh alkohol dan dadah serta tiada lesen memandu kenderaan perdagangan," katanya.