JDT lanjut kontrak beberapa pemain utama

Tunku Ismail (tengah) bersama barisan pemain yang menyambung kontrak bersama JDT hari ini. - Foto FB JOHOR SOUTHERN TIGERS
Tunku Ismail (tengah) bersama barisan pemain yang menyambung kontrak bersama JDT hari ini. - Foto FB JOHOR SOUTHERN TIGERS
A
A
A

PASUKAN Johor Darul Ta’zim (JDT) memberi isyarat awal mahu terus menguasai kancah bola sepak tanah air pada musim hadapan apabila melanjutkan kontrak beberapa pemain utama hari ini.

Pelanjutan kontrak itu dimaklumkan menerusi satu kenyataan ringkas yang dimuat naik skuad Harimau Selatan dalam akaun Facebook rasmi Johor Southern Tigers, namun tidak menyatakan tempoh pelanjutan kontrak tersebut.

Menerusi kenyataan berkenaan turut dimuat naik beberapa keping gambar pemain yang menandatangani kontrak sambil disaksikan pemilik kelab JDT, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Antara pemain berkenaan adalah S Kunanlan, Gary Steven Robbart, Mohd Farizal Marlias, Mohamad Aidil Zafuan Abd Radzak, Ahmad Hazwan Bakri, Adam Nor Azlin, Muhammad Ramadhan Saifullah Usman, Muhammad Nazmi Faiz Mansor dan Muhammad Akhyar Abdul Rashid.

Pelanjutan kontrak itu turut melibatkan pemain pasukan JDT II antaranya Muhammad Aiman Danish Azli Abdul Azim dan Muhamad Feroz Baharudin. - Bernama

Artikel Berkaitan: