UMNO, Pas Selangor sambut baik pendaftaran Muafakat Nasional

Kenyataan bersama dikeluarkan oleh Noh dan Ahmad Yunus hari ini.
Kenyataan bersama dikeluarkan oleh Noh dan Ahmad Yunus hari ini.
A
A
A

SHAH ALAM - Pimpinan Pas dan UMNO Selangor menyambut baik keputusan pimpinan tertinggi parti itu untuk mendaftarkan Muafakat Nasional (MN) secara rasmi.

Pengerusi UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar dan Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Ahmad Yunus Hairi menerusi kenyataan bersama hari ini meluahkan kesyukuran dan mengalu-alukan langkah strategik tersebut.

Menurutnya, inisiatif tersebut mencerminkan komitmen tinggi kedua-dua parti dalam memartabatkan perjuangan membela agama, bangsa dan negara seperti terkandung dalam Piagam MN.

"UMNO dan Pas Selangor yakin rakyat negeri Selangor sangat menantikan perkembangan positif ini.

"Kedua-dua parti berjanji akan mengukuhkan lagi hubungan dan memantapkan jentera bersama bagi memastikan Selangor dapat diselamatkan oleh MN negeri pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti," kata kenyataan tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: UMNO, Pas setuju daftar Muafakat Nasional secara rasmi

Terdahulu, Setiausaha Agung I MN, Tan Sri Annuar Musa dan Setiausaha Agung II MN, Datuk Takiyuddin Hassan hari ini mengesahkan kepimpinan kedua-dua parti itu mencapai persetujuan untuk mendaftarkan MN secara rasmi di Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS).

Artikel Berkaitan: