Kaji semula pelantikan Ahli Lembaga Yadim

Sabri Azit
Sabri Azit
A
A
A
YAN - Pelantikan Adun Paloh dari DAP, Sheikh Omar Ali sebagai Ahli Lembaga Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) memperlihatkan PH akan membiarkan Yadim dicorakkan oleh DAP.

Ahli Parlimen Jerai, Sabri Azit berkata, bukan sahaja akan dicorakkan oleh DAP malah peranan menyatukan badan-badan dakwah Islam akan turut terbatas.

"Ia tidak lagi akan menjurus kepada hasrat utamanya dengan menjadikan al-Quran dan Sunnah sebagai sumber utama.

"Agenda memperkasakan PH akan menjadikan Yadim sebagai alat politik bukan lagi kepada agenda memajukan ummah kerana bakal dipengaruhi politik," katanya.

Menurut Sabri, Yadim mempunyai matlamat penubuhannya tersendiri sejak ditubuhkan pada tahun 1974 dan perlantikan berkenaan perlu dikaji semula bagi memastikan perkara yang tidak releven berlaku dalam pergerakan Yadim.

"Yadim adalah sebuah yayasan dakwah yang berkait rapat dengan agama rasmi negara ini iaitu Islam.

"Kita tidak mahu setiap dasar yang dilakukan pada masa akan datang mendapat campur tangan daripada individu yang tidak sepatutnya," katanya.

Artikel Berkaitan: