Restoran kotor, ada najis lipas diarah tutup

Anggota Penguatkuasa Pejabat Kesihatan, memeriksa peti sejuk beku sebuah restoran ketika operasi pemeriksaan halal di restoran di daerah Pontian, hari ini.
Anggota Penguatkuasa Pejabat Kesihatan, memeriksa peti sejuk beku sebuah restoran ketika operasi pemeriksaan halal di restoran di daerah Pontian, hari ini.
A
A
A

PONTIAN- Sebuah restoran di daerah ini diarahkan tutup dua minggu oleh Pejabat Kesihatan daerah kerana bahagian dapur terlalu kotor.

Ketua Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran, Pejabat Kesihatan daerah Samsuri Hamzah berkata pemeriksaan mendapati tahap kebersihan restoran berkenaan tidak memuaskan berikutan penemuan kesan najis lipas.

“Notis penutupan selama dua minggu diberikan kepada kepada restoran itu bermula hari ini.

“Dalam tempoh berkenaan, pemilik restoran perlu membersihkan premis dan sekiranya gagal mencapai tahap kebersihan yang ditetapkan, mereka boleh didakwa di mahkamah,” katanya.

Tegasnya, kebersihan cukup penting dalam pensijilan halal restoran dan perkara itu dipandang cukup serius oleh Pejabat Kesihatan daerah.

“Sebanyak tujuh premis diberikan amarah di bawah Peraturan-peraturan Kebersihan Makanan 2009 dan Akta Makanan 1983.

“Kesalahan yang dikesan di bawah akta ini seperti kebersihan pekerja tidak memuaskan, pekerja tidak mempunyai suntikan typhoid dan tidak memakai apron,” katanya.

Jelasnya, pemeriksaan secara berkala akan dilakukan bagi memastikan restoran beroperasi di daerah ini mencapai tahap kebersihan yang sepatutnya.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!