Jadual Kuala Lumpur berdepan Kuching FA dipinda

Ab Ghani Hassan
Ab Ghani Hassan
A
A
A

AKSI Liga Premier antara Kuala Lumpur dan Kuching FA yang dijadual berlangsung di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras, malam esok dipinda ke satu tarikh baharu, menurut Liga Bola Sepak Malaysia (MFL).

Ketua Pegawai Eksekutif MFL Datuk Ab Ghani Hassan memaklumkan keputusan itu dibuat susulan proses kuarantin selama 14 hari yang perlu dijalani pemain dan pegawai Kuching FA dari 4 hingga 18 Okt seperti ditetapkan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak.

Beliau, bagaimanapun berkata perlawanan itu tetap akan berlangsung sebelum undian saingan Piala Malaysia yang diadakan pada 19 Oktober.

“Dengan pindaan tarikh perlawanan ini, Kuching FA akan terus ‘berkampung’ di Kuala Lumpur selepas aksi terakhir Liga Premier itu sementara menunggu perlawanan Piala Malaysia tanpa perlu pulang ke Sarawak.

“Kami (MFL) berterima kasih kepada Kuala Lumpur yang turut sepakat untuk meminda perlawanan dengan Kuching FA,” jelas Ab Ghani dalam kenyataan hari ini.

Kuching FA yang kini menduduki tangga kelima Liga Premier sudah layak ke saingan Piala Malaysia bermula 25 Okt bersama Kuala Lumpur yang menduduki tempat kedua. - Bernama

Artikel Berkaitan: