Dua suspek pencemaran Sungai Batang Benar ditahan

Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani. -Foto: Bernama
Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani. -Foto: Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Dua lelaki disyaki terlibat dengan pencemaran Sungai Batang Benar, Negeri Sembilan sehingga berlaku gangguan bekalan air di Selangor ditahan semalam.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, kedua-dua lelaki berusia 20-an dan 30 tahun itu ditahan di Kota Bharu, Kelantan semalam.

"Kedua-kedua individu itu dibawa ke Nilai, Negeri Sembilan bagi membantu siasatan.

"Kita tidak boleh terburu-buru dalam menjalankan siasatan berhubung kes ini," katanya

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Seminar Pengukuhan Siasatan Jenayah Komersial, Pelancaran Portal dan Aplikasi Semak Mule di Maktab Polis Diraja Malaysia di sini hari ini.

Menurutnya, siasatan dijalankan menurut Seksyen 430 Kanun Keseksaan susulan laporan polis dibuat oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN).

Pencemaran itu menyebabkan dua Loji Rawatan Air iaitu di Sungai Semenyih dan Bukit Tampoi dihenti tugas mengakibatkan gangguan bekalan air tidak berjadual yang menjejaskan 309,687 akaun pengguna di Petaling, Hulu Langat, Kuala Langat dan Sepang.

ARTIKEL BERKAITAN: Polis yakin suspek pencemaran sungai dapat dikesan

Artikel Berkaitan:

LRA Sungai Semenyih, Bukit Tampoi masih belum beroperasi

Empat daerah berdepan gangguan bekalan air tidak berjadual