Coutinho bukan lagi yang dulu

Coutinho (kanan) kini mendapat kepercayaan Koeman dalam membarisi skuad Barcelona.
Coutinho (kanan) kini mendapat kepercayaan Koeman dalam membarisi skuad Barcelona.
A
A
A

PENGENDALI Barcelona, Ronald Koeman menyifatkan Philippe Coutinho antara aset berkualiti dimiliki gergasi saingan La Liga pada musim ini.

Menurut bekas pengendali Belanda berusia 57 itu, Coutinho sebenarnya memiliki kualiti setanding bintang dunia lain ketika menyertai The Catalans dari gergasi Inggeris, Liverpool.

Koeman berkata, ketika di Nou Camp pemain berusia 28 tahun itu sebelum ini tidak mendapat memainkan peranan penting sebagai pemain penyerang tengah kelab berkenaan.

"Jika tanya saya mengenai peningkatan prestasi Coutinho sebaik dia kembali ke Nou Camp, jawapan saya mudah iaitu Coutinho adalah pemain berkualiti yang diletakkan tepat di posisinya.

"Kualiti Coutinho bukan sebarangan kepada Barcelona kerana dia banyak belajar di England, banyak di Bayern Munich cuma di Barcelona sebelum ini dia kurang diberikan peluang yang sepatutnya.

"Tugas saya sebagai jurulatih adalah mendapatkan yang terbaik daripada setiap pemain dann itu bermula dengan meletakkan mereka pada kedudukan mereka.

"Saya rasa itu menimbulkan lebih banyak keyakinan. Semua itu membantu tetapi ia bermula dengan kualiti pemain dan Coutinho adalah permainan yang hebat," katanya.

Artikel Berkaitan: