Pesakit kanser maut jatuh tingkat 16

Seorang lelaki yang menghidap kanser usus maut selepas dipercayai jatuh dari tingkat 16 sebuah kondominium di Sri Petaling di sini kelmarin. Gambar hiasan.
Seorang lelaki yang menghidap kanser usus maut selepas dipercayai jatuh dari tingkat 16 sebuah kondominium di Sri Petaling di sini kelmarin. Gambar hiasan.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Seorang lelaki yang menghidap kanser usus maut selepas dipercayai jatuh dari tingkat 16 sebuah kondominium di Sri Petaling di sini kelmarin.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Zairulnizam Mohd Zainuddin berkata, pihaknya dimaklumkan kejadian terbabit selepas menerima panggilan pada jam 1.47 petang.

"Siasatan awal mendapati ketika kejadian lelaki berusia 60 tahun itu berada bersendirian di rumah.

"Isterinya yang baru pulang sempat melihat suaminya berdiri di luar tingkap dari bawah sebelum segera naik ke rumah.

"Bagaimanapun, sebaik dia memasuki rumah, suaminya itu sudah jatuh," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, siasatan mendapati mangsa berubah sikap selepas disahkan menghidap kanser usus tahap tiga, malah mangsa juga dikatakan pernah cuba menggantung diri pada Julai lalu kerana berasa tidak berguna lagi.

Katanya, mayat mangsa telah dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya untuk bedah siasat.

"Tiada sebarang unsur jenayah di lokasi kejadian dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR)," katanya.

Artikel Berkaitan: