PH bimbang kerjasama erat Pas - Umno

Noraini Ahmad
Noraini Ahmad
A
A
A

SHAH ALAM - PH bimbang dengan kerjasama Pas - Umno apatah lagi selepas BN mempertahankan kerusi Parlimen Cameron Highlands dalam PRK minggu lepas.

Ketua Wanita Umno, Datuk Noraini Ahmad berkata, kekalahan tersebut juga menyebabkan PH mencari pelbagai sebab seolah-olah menafikan kekalahan mereka pada 26 Januari lepas.

“Ada yang cakap di PRK Cameron Highlands, PH kalah sebab pengundi di sana setia.

“Mereka cari sebab, tak menerima hakikat bahawa mungkin rakyat marah dengan kerajaan sekarang kerana tak tepati janji.

“Sedangkan dalam hati kecil mereka, mungkin takutlah tu,” katanya kepada Sinar Harian.

Dalam pada itu, beliau turut mengulas kenyataan Pengerusi Bersatu Negeri Sembilan, Tan Sri Dr Rais Yatim mencadangkan formula 'tutup tol dan turunkan harga minyak untuk PH menang PRK Dun Semenyih’.

Menurut Ahli Parlimen Parit Sulong itu, formula tersebut mungkin adalah manifestasi ‘kebimbangan’ PH selepas melihat kejayaan kerjasama Pas - Umno di Cameron Highlands.

“Pada saya mereka dah ada peluang untuk turunkan harga minyak masa mereka menang tapi mereka tak buat.

Artikel Berkaitan:

“Kali ini kita tengok sajalah. Sebab anda tak perlu tunggu PRK sebab (sebelum ini) dah janji tapi tak buat pun,” ujarnya.

Dalam pada itu, Noraini bernada positif ketika ditanya peluang BN dalam PRK Dun Semenyih kelak.

“Insya-ALLAH, kita akan teruskan usaha kita dan kerjasama akan dijalinkan dengan lebih kuat lagi,” katanya.