Tandas angkasa berharga RM96 juta

Saiz tandas titanium itu adalah 65 peratus lebih kecil dan 40 lebih ringan daripada model sebelum ini.- Foto: Agensi
Saiz tandas titanium itu adalah 65 peratus lebih kecil dan 40 lebih ringan daripada model sebelum ini.- Foto: Agensi
A
A
A

WASHINGTON - Agensi Pentadbiran Angkasa dan Aeronautik Kebangsaan (NASA) melancarkan tandas graviti sifar baharu untuk diuji di Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) sebelum ia bakal digunakan pada misi ke bulan.

Tandas berharga AS$23 juta (RM96 juta) itu yang menyedut sisa buangan dari tubuh akan dihantar ke ISS dengan kapal angkasa kargo.

Menurut NASA, tandas dengan sistem vakum itu direka untuk memberi lebih keselesaan kepada angkasawan wanita dan ia berbeza dengan model sebelum ini.

Roket membawa kapal angkasa kargo itu akan berlepas dari Wallops Island, Virginia pada Khamis lalu, namun ia terpaksa dibatalkan kurang tiga minit sebelum dilancarkan kerana berdepan masalah teknikal.

Difahamkan, pelancaran tersebut akan cuba dilakukan sekali lagi pada Jumaat ini.

Tandas angkasa titanium baharu seberat 45 kilogram dan 71 sentimeter tinggi itu akan ditempatkan di kubikel sama seperti di bumi.

"Saiznya adalah 65 peratus lebih kecil dan 40 lebih ringan daripada model sebelum ini. Objektif utama projek kami adalah untuk mengoptimumkan penggunaan tandas bagi angkasawan wanita.

"NASA telah mendapatkan maklum balas daripada kru dan melakukan penilaian untuk menaiktaraf sistem tersebut bagi menjadikan ia lebih mesra pengguna wanita," kata pengurus projek NASA, Melissa McKinley. - Agensi

Artikel Berkaitan: