Suami isteri maut terbakar diklasifikasi sebagai kes bunuh

PDRM
PDRM
A
A
A

SEPANG - Polis mengklasifikasikan kes kematian sepasang suami isteri yang dilaporkan maut dalam kebakaran di sebuah rumah di Taman Desa Vista, Salak Tinggi di sini, sebagai kes bunuh.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat berkata, berdasarkan laporan awal bedah siasat mayat mangsa wanita mendapati terdapat unsur jenayah pada mangsa dengan kesan kecederaan akibat hentakan benda keras di kepala.

Menurutnya, polis telah membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

"Susulan itu, polis kini dalam proses merekodkan beberapa keterangan individu di tempat kejadian bagi membantu siasatan.

"Namun, polis masih tunggu laporan bedah siasat mangsa kedua," katanya kepada Sinar Harian, hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Suami isteri maut dalam kebakaran

Dalam kejadian itu, kebakaran kira-kira jam 1 petang itu melibatkan sebuah rumah teres kelas A.

Insiden melibatkan dua orang mangsa, mangsa pertama seorang lelaki yang berada dalam bilik air ketika kebakaran manakala mangsa kedua seorang wanita berada di atas katil.

Artikel Berkaitan:

Mangsa itu dikenali sebagai Wan Mohd Baharul Nizam Wan Bakar, 35, dan Norwahidah Abdul Hamid, 28, kedua-duanya penjawat awam yang bertugas di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Putrajaya.