Kerani rugi RM108,500 kerana bungkusan hadiah

Aibee Ab Ghani
Aibee Ab Ghani
A
A
A

SEREMBAN - Seorang kerani kerugian RM108,500 selepas terpedaya dengan sindiket Macau Scam Love bulan lalu konon dia menerima hadiah.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Negeri Sembilan, Superintenden Aibee Ab Ghani berkata, kira-kira jam 9 malam mangsa menerima kiriman mesej melalui WhatsApp daripada ejen penghantaran barang pada 21 September lalu dan menyatakan mangsa menerima bungkusan iaitu dokumen serta hadiah.

"Pada jam 8 pagi 23 September lalu, mangsa telah menerima panggilan daripada syarikat penghantaran bungkusan yang mengatakan bungkusan itu perlu dikenakan cukai sebanyak RM5,000.

"Mangsa diarah memasukkan wang itu ke dalam akaun bank Hong Leong milik penama Caroline Man, namun selepas 10 minit mangsa diminta memasukkan wang RM18,500 ke akaun sama, kemudian diminta memasukkan wang RM75,000 pula ke dalam akaun sama," katanya ketika mengesahkan laporan itu, hari ini.

Mengulas lanjut, Aibee berkata, pada 25 September lalu, wanita berusia 46 tahun itu diminta memasukkan wang RM80,000 dalam akaun bank lain, tetapi mangsa hanya memasukkan RM10,000 dalam akaun tersebut.

"Selepas berasa ditipu, mangsa tidak lagi membuat pembayaran dalam akaun berkenaan yang menjadikan jumlah keseluruhan kerugian RM108,500.

"Dia membuat laporan polis pada 30 September lalu dan kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan," kata beliau.

Artikel Berkaitan:

ARTIKEL BERKAITAN: Lesap RM121,300 diperdaya Macau Scam