X

Kindly register in order to view this article
!

Salah faham punca pergaduhan

Rakaman insiden pergaduhan antara pelanggan dan pekerja makanan segera yang mula tular pagi ini.
A
A

RAWANG - Insiden pergaduhan melibatkan seorang pelanggan dengan pekerja sebuah restoran makanan segera di sini yang tular di media sosial hari ini dilaporkan berlaku pada malam Ahad lalu.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Arifai Tarawe memaklumkan, laporan polis telah dibuat oleh kedua-dua pihak dan rakaman percakapan saksi terlibat juga telah diambil.

Menurutnya, siasatan awal berhubung kejadian jam 7.30 malam itu berlaku selepas pelanggan yang juga pemandu grab tidak berpuas hati dengan pekerja kaunter pandu lalu restoran tersebut yang membuat urusan transaksi pembayaran secara paywave tanpa kebenarannya.

"Pekerja tersebut telah meninggikan suara dan bercakap kasar dengan lelaki berusia 41 tahun itu serta membuat mangsa (pemandu grab) menunggu lama.

"Berlaku pertengkaran antara kedua belah pihak sebelum mangsa didatangi seorang lelaki lain yang bertindak menumbuknya di bahagian dahi kiri sementara pergelangan tangannya ditarik dengan kuat," katanya.

Katanya, mangsa membuat laporan di Balai Polis Serendah jam 8 malam pada hari sama dan anggota bertugas kemudian menghubungi pihak ambulans bagi membolehkan mangsa dihantar ke hospital.

Katanya lagi, kes disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kecederaan.

Pagi ini, video berdurasi 15 saat menyaksikan kekecohan yang berlaku di kaunter pandu lalu sebuah restoran makanan segera tular di media sosial Facebook di mana orang awam yang berada di lokasi kejadian turut dilihat cuba meleraikan pergaduhan tersebut.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!