Syed Saddiq minta kerajaan bantu pelajar kerugian

Bekas Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman - Foto Sinar Harian ROSLI TALIB
Bekas Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman - Foto Sinar Harian ROSLI TALIB
A
A
A

SHAH ALAM - Bekas Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman meminta kerajaan membantu pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) yang menanggung kerugian akibat pengumuman saat-saat akhir penangguhan pendaftaran secara bersemuka bagi pelajar dari zon merah.

Ahli Parlimen Muar itu berkata, pengumuman Kementerian Pengajian Tinggi itu dikeluarkan dua hari sebelum perkara tersebut akan dilaksanakan bermula 1 Oktober ini.

Sehubungan itu, beliau mempersoalkan tindakan kementerian berkenaan yang dilihat membebankan pelajar.

"Jika ada kerugian yang ditanggung pelajar akibat pengumuman minit terakhir begini, kerajaan kena sedia bantu mereka yang susah.

"Saya sudah sekian lama tegur polisi yang diubah pada minit terakhir akan bebankan mahasiswa. Tinggal dua hari lagi sudah bulan Oktober.

"Mengapa baru semalam umum tangguh? Adakah mahasiswa semua sudah ambil maklum? Jika yang sudah tempah tiket penerbangan?" soalnya dalam ciapan di Twitter.

ARTIKEL BERKAITAN: IPT disaran tangguh daftar semuka

Pada Ahad, Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Noraini Ahmad menyarankan semua IPT menangguhkan pendaftaran kemasukan pelajar baharu dan lama dari zon merah secara bersemuka yang dijadualkan bermula Oktober ini.

Artikel Berkaitan:

Beliau dilaporkan berkata, kementerian mencadangkan proses pendaftaran dan pembelajaran bagi kumpulan pelajar terbabit dilakukan secara dalam talian.