Pelantikan Hajiji dibuat secara konsensus, kata Annuar Musa

Annuar melalui ciapan Twitter beliau hari ini berhubung pelantikan Hajiji sebagai Ketua Menteri Sabah baharu.
Annuar melalui ciapan Twitter beliau hari ini berhubung pelantikan Hajiji sebagai Ketua Menteri Sabah baharu.
A
A
A

SHAH ALAM - Pelantikan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Sabah, Datuk Seri Hajiji Mohd Noor dibuat secara konsensus atas semangat kebersamaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS), kata Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa.

Menurut Annuar, semua pihak terutama pemimpin perlu menghargai mandat rakyat.

"Insya- ALLAH, esok jam 10 pagi Ketua Menteri Sabah baharu mengangkat sumpah. Konsensus GRS. Kerajaan baharu segera dibentuk," katanya menerusi ciapan di Twitter beliau hari ini.

Annuar turut berharap supaya GRS menumpukan usaha membela nasib rakyat, sekali gus menjadikan Sabah maju.

"Saya doakan agar GRS tumpukan kepada membela rakyat Sabah. Hargailah mandat rakyat. Jadikan Sabah negeri maju," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN:

Hajiji dinamakan sebagai Ketua Menteri Sabah

Bung sokong Hajiji jadi KM Sabah

Hari ini, Hajiji yang juga Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Sabah dinamakan sebagai Ketua Menteri Sabah yang baharu.

Pemilihan beliau sebagai Ketua Menteri dimaklumkan sendiri oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sulaman itu selepas mengadakan pertemuan tertutup GRS hari ini.

Semua ADUN GRS dijangka hadir pada majlis angkat sumpah Ketua Menteri di Istana Negeri, Kota Kinabalu yang dijadualkan pada jam 10.30 pagi esok.

Artikel Berkaitan: