Pelan Antirasuah nasional milik semua

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bersama Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Ketua Pengarah Pusat Governans, Intergriti dan Anti-Rasuah Nasional (GIACC) Tan Sri Abu Kassim Mohamed semasa Majlis Perasmian dan Pelancaran Pelan Antirasuah Nasional (NACP) 2019-2023 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) hari ini. Turut sama Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Dr Ismail Bakar (kanan) dan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Seri Mohd Shukri Abdull (kiri). - Foto Bernama

A
A
A

PUTRAJAYA - Pelan Antirasuah Nasional (NACP) 2019-2023 adalah 'living document' dan 'milik kita semua', kata Ketua Pengarah Pusat Governans, Integriti dan Antirasuah Nasional (GIACC) Tan Sri Abu Kassim Mohamed.

Beliau berkata pelan yang dibangunkan GIACC dengan kerjasama agensi-agensi kerajaan lain, dihasilkan tanpa perlu membayar berjuta ringgit kepada syarikat konsultan antarabangsa.

Beliau berkata NACP adalah hasil kerja kakitangan kerajaan yang menggunakan kepakaran sedia ada dalam negara, mengambil kira data-data dan bukti empirikal daripada kes-kes rasuah sebelum ini.

"Ia dianalisis secara teliti dengan kaedah penilaian risiko rasuah untuk kita kenal pasti bidang keutamaan yang memerlukan perhatian serius," katanya pada majlis pelancaran NACP 2019-2023 oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad di sini hari ini.

NACP 2019-2023 dilaksanakan berdasarkan 22 strategi yang akan diberi keutamaan bagi enam sektor utama. Ia mengandungi 115 inisiatif antirasuah melibatkan sektor iaitu politik; perolehan awam; penguatkuasaan undang-undang; pentadbiran sektor awam; perundangan dan kehakiman; serta tadbir urus korporat.

Ia dibangunkan bagi menggantikan Pelan Integriti Nasional (PIN).

Pelan itu dibangunkan bagi menetapkan sasaran yang praktikal berdasarkan inisiatif yang akan diambil oleh setiap agensi kerajaan dan swasta dalam menangani masalah rasuah, integriti dan tadbir urus untuk tempoh lima tahun akan datang.

"Ini bukan pelan GIACC atau JPM (Jabatan Perdana Menteri) sahaja,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Abu Kassim juga berkata apa yang terkandung dalam pelan itu bukanlah muktamad atau rancangan keramat.

"Dari semasa ke semasa kita akan menilai dan melihat kembali dan mungkin ada tambahan atau pengurangan daripada apa yang kita rancangkan sekarang, bergantung kepada keadaan semasa," katanya.

Abu Kassim berkata kerjasama daripada semua pihak amat dialu-alukan dengan mengambil peranan masing-masing dalam merealisasikan apa yang terkandung dalam NACP.- Bernama